Category Archives: Rencana Bisnes

How do I convert my PayPal balance to a different currency?

Malangnya pengguna paypal di Malaysia yang nak convert RM ke matawang lain dalam akaun paypal tidak boleh dilaksanakan buat masa ini (sehingga tarikh post ini ditulis) .

Tengok screenshot kat bawah.

Apakah Yang Diperlukan Dalam Bisnes Online?

Bagaimana Membina Laman Web Yang Menjual?

Bagaimana Membina Laman Web Yang Menjual?
1. Jenis Laman Web
Anda harus kenalpasti dahulu laman web jenis apa yang anda mahu bina. Sekiranya anda menjual 1 jenis sahaja produk     anda boleh menggunakan minisite kerana ianya hanya fokuskan pada satu produk dari pengenalan produk hingga ke pembelian.
2. Laman Web Yang Cantik
Menjadi lumrah sesuatu yang cantik itu menjadi perhatian. Begitu juga laman web yang cantik akan lebih menarik perhatik bakal pelanggan anda.
3. Navigasi Yang Mudah
Laman web anda usah terlalu kompleks dan banyak fungsi. Pelanggan akan keliru. Lebih baik fokus kepada produk yang nak dijual.
4. Penerangan Terperinci Produk
Kalau anda menjual satu produk sahaja. Tuliskan secara terperinci mengenai produk tersebut. Ianya melibatkan apakah,jenis,cara guna,kelebihan, dan sebagainya.
5. Masukkan Gambar dan Grafik
Manusia lebih tertarik dengan gambar berbanding tulisan. Untuk menarik perhatian pelanggan pada produk anda, masukan gambar atau grafik yang menerangkan sesuatu produk tersebut. Biar gambar yang berbicara!
6.Kenali Bakal Pembeli
Anda mesti mengenali siapakah bakal pelanggan anda. Sekiranya bakal pelanggan anda adalah golongan muda, bahasa         yang anda gunakan haruslah lebih santai dan tidak terlalu formal. Justeru itu bakal pelanggan anda lebih rasa dekat               dengan anda.
7. Gunakan Ayat Menjual Yang Menarik
Lazimnya bakal pelanggan lebih tertarik pada ayat yang lebih power. Walaupun produk yang anda jual itu agak sukar dijual tetapi percayalah ayat power bukan sahaja berkesan ketika mengurat tetapi juga pada pelanggan anda!
8. Masukkan Testimoni Pelanggan
Sekiranya anda sudah mempunyai pelanggan yang sudah berpuas hati dengan pelanggan anda, masukkan testimoni mereka berserta gambar sekali supaya bakal pelanggan anda berasa yakin dengan produk tersebut.
9. Masukkan Facebook Comment.
Biasanya pemilik laman web akan buat satu page jualan produk didalam facebook. Buatkan satu plugin facebook comment dan letakkan didalam laman web anda. Komen dari pelanggan didalam facebook akan terus masuk kedalam laman web anda secara live. Secara tidak langsung pelanggan akan lebih berasa yakin dengan produk anda.
10. Mudahkan Buat Pembelian
Bila pelanggan klik butang pembelian, jangan buatkan pelanggan anda berasa susah untuk membuat pembelian dengan langkah demi langkah yang kompleks. Make it simple!
11.Jadikan Produk Anda Terhad
Tarik perhatian pelanggan anda dengan meletakkan ayat seperti “Produk ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja”. Pelanggan akan fikir kalau tak beli sekarang nanti sold out!
12.Berikan Diskaun
Tarik perhatian pelanggan anda dengan memberi diskaun untuk tempoh terhad seperti “Diskaun 50% untuk hari ini sahaja”. Pasti menarik perhatian pelanggan.

5 Cara Buat Duit Dengan Blog


Apa yang anda boleh buat dengan blog? Buat duit?
Saya akan berikan 5 cara buat duit dengan blog. 5 je. Bagi lebih-lebih nanti kopius plak.

1.. Nuffnang
Nuffnang adalah pengiklanan online terkenal di Malaysia. banyak syarikat besar-besar melantik nuffnang sebagai agen pengiklanan mereka. Nuffnang pula mencari blogger untuk menyebarkan iklan tersebut. Daftar kat laman web Nuffnang. Pastu anda letakkan banner dialam blog anda. Senang je.

2. Adsense

Adsense adalah iklan dari google. Daftar kat www.google.com.my/adsense. Pastu letakkan iklan tersebut didalam laman blog anda. Ramai yang klik iklan tu banyak la income anda. Digalakkan blog anda berbahasa inggeris sebab iklan dari google pun dalam bahasa inggeris.hehehe

3. Affiliate
Join mana-mana program affiliate. Tak kisah la sama ada produk fizikal atau digital. Masukkan link atau banner ke dalam blog anda. Banner lagi mudah orang klik. Kalau nak lebih kebarangkalian orang klik dan beli barang make sure affiliate yang anda join tu ada kaitan dengan kepunyaan anda seperti blog pelancongan dan affiliate yang anda join tu jual barang travel. Sekufu lah!

4. Jual Barang
Anda keluarkan modal dan beli barang. Kemudian anda jual semula didalam blog  anda. Berniaga macam biasa.

5. Jual ruang iklan di blog.
Kalau blog anda dah popular jual ruang iklan didalam blog anda. Anda boleh bermula dengan harga yang murah dulu. Semakin meningkat trafik anda semakin up la harga ruangan iklan tu!

Kegunaan NetworkedBlogs

Pernah dengar NetworkedBlogs? Sekiranya anda mempunyai blog dan ingin memaparkan kandungan post blog anda didalam facebook, anda boleh gunakan apps NetworkedBlogs. Setiap kali anda posting tajuk baru dalam blog anda, NetworkedBlogs berfungsi memaparkan kandungan didalam blog anda terus ke faceebook anda.  Ianya percuma. Kaedah ini juga dapat menarik pelawat dari facebook anda ke blog anda untuk membaca kandungan blog anda.. Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...