Category Archives: Personal

Lot Tanah Untuk Dijual di Pekan Pendang,Kedah

LOT TANAH UNTUK DIJUAL DI PEKAN PENDANG

1) Tanah untuk dijual dgn harga RM 75,000 (harga boleh dirunding)

2) Tanah lot lidi.

3) Saiz tanah 100×55 sqft (Boleh didirikan sebuah banglo dan masih ada lebihan

kawasan).

4) Tanah skrg ada pokok-pokok buahan seperti buah rambutan,dukong dan cempedak.

5) Tanah terletak di kawasan pekan Pendang, (mukim Ayer Putih) hanya 5 minit jalan

kaki ke pekan Pendang.

6) Tidak jauh dari kawasan belakang tanah sedang didirikan lot-lot kedai.

7) Berpotensi untuk dijual dengan harga yang tinggi pada masa hadapan.

8) Untuk djual dengan segera.

9) Terbuka kepada ‘cash buyer’ sahaja.

Jika berminat, sila hubungi saya, Lina di talian 019-4936778 / 010-3131654.

Teknik Pemasaran Yang Berkesan

-Lunch hour tadi pergi pos barang customer
-pejabat pos dalam ikano
-ketika berjalan disapa oleh representative WWF
-dia mintak sain poster untuk support pemeliharaan haiwan dan alam sekitar.
-kemudian dia tunjuk poster yang ada gambar obor-obor dan plastik.
-dia tanya boleh bezakan tak?nasib baik aku ni bekas pengerusi kelab alam sekitar sekolah menengah.mesti la aku dapat bezakan.hehehe.
-matlamat sebenarnya dia adalah untuk mengajak menderma memelihara alam sekitar.
-point kat sini adalah cara dia tarik prospek untuk menderma very soft.
-kita tak sedar dan rasa mudah nak menderma.
-kalau dia cakap “abang tolong derma untuk alam sekitar” pada mula dia sapa prospek pasti prospek berlalu begitu saja.
teknik pemasaran yang baik.

Kemenangan Pertama Liverpool Season 2012/2013

  • Hari Sabtu lepas 29/09/2012 Liverpool menang pada perlawanan ke 6 musin 2012/2013.
  • Luis Suarez ledak hat-trick
  • Liverpool banyak guna pemain muda.Belasan tahun.Good talent.Belasan tahun
  • Go Liverpool go.

Liverpool Kalah Lagi

Semalam Liverpool lawan man u.

Keputusannya memihak kepada man u setelah refree berpihak kepada man u.

The worst season start. 3 lost 2 draw 0 win.

Salah siapa?

Hmm…aku rasa owner yang salah.

Sihir.Kerja Jin atau Syaitan?

Adakah anda pernah mengalami gangguan sihir? Aku mengalaminya baru-baru ini. Sihir ada pelbagai jenis sihir. Apa yang aku hendak tuliskan kali ini adalah berdasarkan apa yang diberitahu oleh ustaz yang telah merawat aku. Sihir yang menggangu aku ini adalah sihir bukan dari manusia tetapi adalah sihir dari jin. Menurut beliau sihir ini telah mula menyerang saya sejak 8 bulan lepas sebelum aku mendiami rumah yang baru dibeli ini. Mungkin amalan dan bacaan doa seharian membuatkan kesan sihir itu lambat bertindak tetapi lama-kelamaan pendinding itu semakin nipis dan akhirnya aku rasa semakin tidak sihat.

Tak Sihat

2 kali aku rasa seperti mahu mati. Selepas Isyak badan rasa lemah seperti rasa nak pitam. Nak bernafas pun susah. Macam semput orang kena attact asma. Akhirnya aku demam hampir seminggu. Ubat antibiotik dah habis aku makan tapi aku rasa masih demam. Apa yang paling pelik berlaku dalam hidup aku, aku return semula ke klinik untuk ambil antibiotik paling kuat doktok kata aku tak demam walhal aku rasa badan aku panas. Aku memang rasa demam! Terus aku call Ustaz Idrus tanyakan pasal hal ni. Dia cakap mungkin aku kena santau dan nak datang rumah untuk check.

Abang Ipar Nampak Lembaga

Kebetulan pada hari Sabtu abang ipar aku sekeluarga datang bermalam dirumah. Dia belum tidur sehingga ke subuh. Pada pukul 5 lebih dia ternampak makhluk besar sedang duduk diatas kerusi dalam kegelapan malam. Kemudian makhluk tersebut lari dan duduk diatas tangga. Aku rasa makhluk inilah yang mengganggu aku.

Ustaz Datang ke Rumah

Ahad malam dia sampai rumah aku dan mengatakan bahawa ada makhluk dalam rumah aku ni yang memang sejak dahulu lagi mendiami tapak rumah yang aku baru beli ni. Alhamdulillah nasib baik bukan disihir orang. Dia cakap kalau kes macam ni hanya perlu usir makhluk tu sahaja dan aku perlu buat solah hajat dan minta pertolongan Allah. Dia menolong mengusir makhluk tersebut dan memberi air syifa untuk diminum dan direnjis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...