Category Archives: Bisnes

Sudah Terlewat Nak Berniaga?

too-late-to-start

Siapa Nak RM1000 Secara Percuma?

Post kali ini bunyi agak menipu. Siapa nak bagi RM1000 secara percuma. BR1M pun dapat RM500 saja.

Apa yang nak saya kongsikan kepada anda bahawa post ini bukanlah hendak memerangkap anda membaca post ini semata-mata tetapi ianya memang benar. Ada pihak yang mahu berikan kepada anda RM1000 dengan syarat anda adalah peniaga online. Kalau tak meniaga online pun boleh. Saya sendiri sudah menerima RM1000 ini.

Ianya di panggil Program Get Malaysian Business Online oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.

Program ini sudah lama diperkenalkan yang mana kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM50 juta (kalau tak silap) untuk geran ini. Tarikh tutup ialah 31 Disember 2013 atau jumlah peruntukan telah habis.

Syarat-syarat Kelayakan Pemohon

i. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
ii. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
iii.Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
iv. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
v. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
vi. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat diatas anda layak memohon.

Point utama disini ialah syarat no 3. Sekiranya anda belum memiliki laman web .my, saya ada menawarkan khidmat membuat laman web .my. Servis adalah termasuk membeli dan mendaftar domain dan hosting serta membina laman web.

Harga Pakej 1

1) Domain .my

2) Hosting 

3) Web biasa (1 produk) menggunakan wordpress 

Contoh: www.thegale.my

4) Jumlah RM200

 

Harga Pakej 2

1) Domain .my

2) Hosting

3) Web shopping cart (banyak produk) menggunakan opencart

Contoh: www.perfumeparlour.net

4) Jumlah RM300

Semua urusan pendaftaran dengan GMBO anda lakukan sendiri

SMS/Whatsapp sahaja: 016 670 1924

 

SOALAN LAZIM (FAQs)

GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE

1.            S:            Apakah itu Get Malaysian Business Online?

J:             Get Malaysian Business Online adalah inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.

2.            S:            Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?

J:             Syarat-syarat permohonan:

Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;

Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;

Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;

Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);

Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan

Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

3.            S:            Bilakah saya boleh mula memohon?

J:             Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.

4.            S:            Bagaimana cara untuk saya memohon?

J:             Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my. Sekiranya pemohon tiada akses internet, permohonan boleh dilakukan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.

5.            S:            Bagaimanakah geran diagihkan?

J:             Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.

6.            S:            Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan diproses?

J:             Permohonan yang diterima akan disemak dalam tempoh 30 hari bekerja. Proses kelulusan akan dilakukan setelah semua butiran adalah benar dan tepat.

7.            S:            Apakah sebab permohonan ditolak?

J:             Permohonan ditolak disebabkan oleh beberapa faktor berikut:

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat;

Syarat-syarat tidak dipenuhi;

Permohonan telah dibuat oleh ahli kongsi usahawan/syarikat/perniagaan.

8.            S:            Berapa kali permohonan boleh dibuat?

J:             Setiap usahawan/syarikat/perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja.

9.            S:            Bagaimanakah pemohon mengetahui bahawa permohonan telah diterima?

J:             Akuan penerimaan dan nombor rujukan akan diberikan oleh SKMM setelah borang permohonan telah diisi sepenuhnya dan dihantar.

10.          S:            Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?

J:             Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman sesawang SKMM melalui nombor kad pengenalan pemohon.

11.          S:            Adakah terdapat sebarang perjanjian antara usahawan dengan pihak SKMM setelah mendapat dana tersebut?

J:             Tiada.

12.          S:            Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan bagi memohon geran tersebut?

J:             Tidak

13.          S:            Adakah penerima geran perlu melaporkan penggunaan wang RM 1,000 yang diterima kepada SKMM ?

J:             Penerima geran tidak perlu menghantar laporan. Pihak SKMM akan membuat pemantauan dan tinjauan berterusan mengenai keberkesanan program.

14.          S:            Adakah terdapat sebarang bantuan/geran susulan bagi membantu usahawan meneruskan perniagaan?

J:             Tiada

15.          S:            Adakah terdapat sebarang bantuan atau syarat minima bagi membantu usahawan membuka akaun bank?

J:             Tiada.

16.          S:            Adakah geran RM 1,000 ini hanya boleh digunakan untuk pembangunan laman sesawang atau kegunaan lain syarikat?

J:             Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya. Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya.

17.          S:            Adakah usahawan lelaki dibenarkan untuk memohon geran tersebut?

J:             Ya.

18.          S:            Saya adalah usahawan yang memasarkan perkhidmatan dalam talian. Adakah saya layak memohon?

J:             Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

19.          S:            Adakah saya layak memohon sekiranya saya hanya memasarkan produk melalui laman blog dan facebook?

J:             Anda perlu mempunyai lawan sesawang (.com.my) atau (.my) bagi memasarkan perniagaan anda selain dari laman sosial yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan domain lain seperti .net.my/.org.my/.edu.my.

20.          S:            Adakah geran RM 1,000 tersebut akan dibayar terus kepada saya atau disalurkan kepada pembangun laman sesawang tersebut?

J:             Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan.

21.          S:            Saya mempunyai perniagaan tetapi masih belum berada dalam talian. Bagaimanakah saya hendak mendaftar dan membangunkan laman sesawang perniagaan saya?

J:             Pendaftaran alamat internet boleh dilakukan dengan .my DOMAIN REGISTRY melalui wakil-wakil jualan sah .my DOMAIN REGISTRY yang berdaftar. Senarai wakil-wakil jualan tersebut boleh didapati dipautan http://www.domainregistry.my/bm/reseller-list.php manakala pembangunan laman sesawang boleh dilakukan dengan mana-mana agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman sesawang.

22.          S:            Perniagaan saya adalah perniagaan pemilikan tunggal. Adakah saya boleh menggunakan akaun bank peribadi bagi memohon geran tersebut?

J:             Ya.

23.          S:            Saya mempunyai syarikat perniagaan tetapi tidak mempunyai akaun bank syarikat. Adakah saya layak mendapatkan geran ini?

J:             Ya. Akaun atas nama usahawan boleh digunakan.

24.          S:            Saya mempunyai 3 buah syarikat. Adakah saya boleh memohon untuk ketiga-tiga syarikat tersebut?

J:

Tidak. Setiap individu/syarikat hanya boleh memohon sekali sahaja.

25.          S:            Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapakah patut saya ajukan?

J:             Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.

26.          S:            Adakah pendaftaran secara talian ini akan beroperasi 24 jam?

J:             Sistem talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11 malam sehingga 7 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan mengemaskinikan data dapat dilakukan.

 

Maklumat lanjut layari www.gmbo.skmm.gov.my

Video Promosi Catuaba

Kolagen Asli Makin Hot!

Permintaan kolagen asli semakin meningkat. Sudah ramai yang menjadi pengedar.

Semalam ada lagi order dari terengganu untuk jadi pengedar. 100 pack kolagen asli

Kolagen Asli

Pengedar Kolagen Asli Diperlukan

Kolagen Asli – Pengedar Diperlukan


Cuba anda perhatikan gambarajah diatas screenshot melalui google trends tentang produk kolagen asli. Produk ini mendapat permintaan mendadak bermula tahun 2012. Potensi pasaran amat besar.

Sebagai contoh anda membeli 100 paket dengan kami pada harga RM700.
Modal anda 1 paket adalah RM7.
Harga jual 1 paket kepada pelanggan RM20
Anda untung RM13 sepaket
Dalam masa sebulan anda dapat menjual 100 paket, pendapatan anda ialah RM1300.
Dah boleh bayar ansuran rumah teres 2 tingkat di Shah Alam 😉

Statistik Penjualan Kolagen Asli Sehingga
Tarikh:
 10 December 2012

Bilangan Paket 124
Hasil Jualan RM898

HARGA PENGEDAR (1 paket 100 gram)

Bil Paket Harga (RM) Kos Pos (RM) Jumlah (RM)
10 100 Percuma 100
30 270 Percuma 270
50 400 Percuma 400
100 700 Percuma 700
500 3000 Percuma 3000
1000 5000 Percuma 5000

BERAPA KEUNTUNGAN YANG ANDA BOLEH PEROLEHI?

Bil Paket Harga Jual(RM) (1 Paket RM20) Harga Modal (RM) Untung(RM)
10 200 100 100
30 600 270 330
50 1000 400 600
100 2000 700 1300
500 10,000 3000 7000
1000 20,000 5000 15,000

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...