Category Archives: Tips Bisnes Online

Teknik Dapatkan Jualan Walaupun Pelanggan Belum Dapat Gaji

Biasanya kebanyakkan pelanggan akan buat pembelian hujung bulan atau pun bila dapat gaji.

Salah satu kaedah untuk anda dapatkan sales daripada pelanggan walaupun mereka belum dapat gaji adalah dengan menggunakan kemudahan menerima pembayaran menggunakan kad kredit.

Salah satu medium yang boleh digunakan ialah senangpay. Bayar sekali je untuk setahun. Yang penting kita dapat sale walaupun pelanggan belum dapat gaji smile emoticon13239243_10156869311500403_4608628207791477314_n

Tips nak flip website

Musim membeli belah di Amazon.

Valentine’s Day – February 14th (jewelry, lingerie)
Spring time – March through mid-June (home improvement, gardening, etc.)
Summer – June through September (outdoor activities)
Halloween – October 31st (costumes, decorations)
Christmas – December 25th (decorations, artificial trees)
New Year‟s – January 1st (Weight loss products)

Tips nak flip website

7 KESILAPAN DALAM MENGURUS KEWANGAN

7 KESILAPAN DALAM MENGURUS KEWANGAN

Setiap orang pasti melakukan kesilapan kewangan dalam setiap fasa penting hidup mereka. Ada yang tidak belajar langsung berkenaan pelaburan sehingga mendekati umur persaraan. Ada yang menyalah guna kad kredit semasa muda sehingga menanggung akibatnya berpuluh-puluh tahun kemudian. Biar apa pun kesalahan sebelum ini, kita masih mempunyai peluang memperbaiki kedudukan kewangan dan berusaha meminimumkan kesalahan pada masa akan datang. Belajar daripada kesalahan orang lain dan semak sama ada kita pernah melakukan kesalahan seperti berikut:

 

Kesilapan 1

Menggunakan alasan-alasan seperti “masih muda lagi”, “selepas berkahwin” ataupun “bila anak dah besar” bagi tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan pendidikan anak, insurans perubatan, simpanan persaraan dan mengurus hutang.

 

Kesilapan 2

Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya secara bertulis. Tidak pernah meluangkan masa memikir perihal matlamat kewangan yang kritikal sekarang, masa pencapaiannya, dan berapa simpanan yang perlu diperuntukkan setiap bulan.

 

Kesilapan 3

Kekurangan disiplin bagi mengawal perbelanjaan harian kerana pengaruh iklan dan propaganda media, senang momohon kad kredit, jualan murah, desakan rakan, dan keinginan mengecapi hidup bergaya.

 

Kesilapan 4

Tidak sedar kesan matematik nilai matawang kepada hutang-piutang yang mengambil masa begitu lama untuk dilangsaikan sekiranya tersilap langkah.

 

Kesilapan 5

Tidak pernah merancang dan menghidupkan program insurans ataupun takaful untuk keluarga. Risiko kehidupan seperti bil perubatan hospital dan hilang keupayaan secara kekal dapat menghakis simpanan yang sedia ada, malah tidak mustahil sekiranya semua simpanan seumur hidup lenyap sekelip mata.

 

Kesilapan 6

Tidak membuat persediaan menangani ‘musuh’ kewangan yang utama iaitu inflasi. Dalam masa setahun sahaja nilai gaji baru akan dihakis oleh inflasi. Apakah senjata yang ada bagi melawan inflasi, iaitu kanser kewangan nombor satu?

 

Kesilapan 7

Enggan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah atas alasan perlu membayar yuran. Namun, sanggup diperbodohkan oleh penasihat palsu yang memperkenalkan skim cepat kaya. Usah segan meminta khidmat nasihat penasihat kewangan sekiranya otak sudah buntu. “Saya tewas dalam hampir 300 perlawanan bola keranjang. 26 kali saya diberi kepercayaan bagi melakukan jaringan kemenangan tetapi semuanya gagal. Saya pernah gagal berkali-kali dalam kerjaya saya dan itu sebabnya saya Berjaya sekarang.” – Michael Jordan.

 

Sumber: Sunthara Segar – Buku Urus Wang Semasa Gawat

Panduan Jual Barang di Mudah.my

Panduan untuk anda memulakan langkah pertama menjual produk fizikal tanpa kos, tanpa laman web, tanpa yuran dan boleh dilihat oleh beribu-ribu pelawat.

Email Marketing @ Pemasaran Emel (Part 1)

Apa yang anda tahu tentang pemasaran emel?

Apa yang anda faham tentang pemasaran emel?

Banyak beza anda antara tahu dan faham.

Pemasaran emel mengikut kamus diri saya sendiri ialah membuat promosi atau jualan melalui senarai emel yang disimpan didalam sistem autoresponder.

Pemasaran emel adalah rahsia kepada kejayaan ramai internet marketer atau pun jutawan internet. Dulu ianya menjadi rahsia mereka tetapi rahsia itu kini telah diketahui oleh kebanyakkan orang.

Bagaimana emel dapat membuatkan anda menjadi jutawan?

1) Katakan anda mempunyai 100,000 senarai emel ataupun subscriber.
2) Anda menjual ebook kepada  100,000 subscriber tersebut.
3) Malangnya hanya 10,000 sahaja yang membaca emel jualan tersebut.
4) Daripada 10,000 subscriber yang membaca hanya 1,000 sahaja yang membeli.
5) 1,000 x RM100 =  RM100,000 hasil keuntungan anda sebab jual ebook tiada kos.

Itu baru 1 ebook. Bagaimana pula keuntungan hasil anda mempromosikan produk orang lain?

bersambung…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...