Category Archives: Tips Bisnes Online

Panduan Jual Barang di Mudah.my

Panduan untuk anda memulakan langkah pertama menjual produk fizikal tanpa kos, tanpa laman web, tanpa yuran dan boleh dilihat oleh beribu-ribu pelawat.

Email Marketing @ Pemasaran Emel (Part 1)

Apa yang anda tahu tentang pemasaran emel?

Apa yang anda faham tentang pemasaran emel?

Banyak beza anda antara tahu dan faham.

Pemasaran emel mengikut kamus diri saya sendiri ialah membuat promosi atau jualan melalui senarai emel yang disimpan didalam sistem autoresponder.

Pemasaran emel adalah rahsia kepada kejayaan ramai internet marketer atau pun jutawan internet. Dulu ianya menjadi rahsia mereka tetapi rahsia itu kini telah diketahui oleh kebanyakkan orang.

Bagaimana emel dapat membuatkan anda menjadi jutawan?

1) Katakan anda mempunyai 100,000 senarai emel ataupun subscriber.
2) Anda menjual ebook kepada  100,000 subscriber tersebut.
3) Malangnya hanya 10,000 sahaja yang membaca emel jualan tersebut.
4) Daripada 10,000 subscriber yang membaca hanya 1,000 sahaja yang membeli.
5) 1,000 x RM100 =  RM100,000 hasil keuntungan anda sebab jual ebook tiada kos.

Itu baru 1 ebook. Bagaimana pula keuntungan hasil anda mempromosikan produk orang lain?

bersambung…

Internet Bisnes – Part 1

Apa yang saya nak tulis hari ni adalah pasal perniagaan internet. Saya faham sangat anda yang tak ada ilmu langsung tentang perniagaan internet mesti sangat teruja untuk mempelajari bidang perniagaan internet. Ada pasti melayari internet dan menjumpai pelbagai cara mempelajari bidang perniagaan internet. Anda juga pasti menjumpai ramai tokoh atau pun otai dalam bidang perniagaan internet.

Tahukah anda ada pelbagai cara untuk menghasilkan pendapatan melalui internet? Anda jangan menganggap perniagaan internet adalah mudah dan jangan pulak ianya adalah sukar. Untuk menghasilkan RM1 yang pertama melalui internet bukanlah sesukar yang anda sangkakan tetapi untuk mengekalkan anda sentiasa mendapat RM berterusan melalui internet adalah sukar.

Apakah kunci kejayaan dalam perniagaan internet?

Bagi saya kunci kejayaan adalah ilmu. Tanpa ilmu anda akan gagal dalam bidang internet. Saya pernah gagal dalam bidang internet. Kemudian saya pergi berguru dan mula semula berniaga melalui internet. Saya pernah mengecapi pendapatan 5 angka sebulan tetapi saya jatuh semula. Sebab apa ya?

Kenapa saya jatuh semula?

Sebab saya tak sentiasa mencari ilmu. Saya rasa saya sudah berjaya dengan ilmu yang saya ada tetapi ianya silap. Ilmu sentiasa terbentuk seiring dengan peredaran semasa. Saya lupa dan lalai untuk invest duit saya pada ilmu. Anda pasti tak rugi laburkan duit pada ilmu. Orang yang sayangkan duit dan menganggap orang yang jual ilmu itu hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata adalah silap. Sebenarnya mereka terdiri dari golongan yang takut untuk berubah.

Setiap hari ada saja cara baru menghasilkan pendapatan melalui internet. Ada cara yang betul dan ada juga cara yang salah. Anda harus berwaspada dengan promosi cara menghasilkan pendapatan melalui internet. Ada yang SCAM. Golongan ini menggunakan internet sebagai medium untuk menipu orang. Anda mesti membuat research dengan lebih mendalam tentang cara membuat duit pada sesuatu program.

Bersambung….

 

How do I convert my PayPal balance to a different currency?

Malangnya pengguna paypal di Malaysia yang nak convert RM ke matawang lain dalam akaun paypal tidak boleh dilaksanakan buat masa ini (sehingga tarikh post ini ditulis) .

Tengok screenshot kat bawah.

Apakah Yang Diperlukan Dalam Bisnes Online?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...