Category Archives: SEO

Tips SEO #7: Formula KIF

seo

Tips SEO #7: Formula KIF

Rand Fishkin, pengasas blog SEO Moz membuatkan satu analisisyang menarik tentang enjin carian.

Analisis beliau mendapati, kebanyakan laman web yang mendominasi enjin carian, adalah laman web yang sentiasa dikemaskini secara konsisten.

Dalam erti kata lain, setiap laman web mempunyai blog. Blog adalah medium yang terbaik untuk mengamalkan formula KIF.

KIF bermaksud ‘Keep It Fresh’.

Fresh, iaitu kesegaran menjurus kepada kekerapan kita mengemaskini laman web, yakni menggunakan blog. Dengan blog, mudah untuk kita menerbitkan artikel baru seperti:

• Tip-tip yang berkaitan dengan industri.

• Temubual eksklusif.

• Tutorial penting.

• Ulasan produk.

Blog bukan sahaja menambah seri di mata enjin carian. Blog juga mampu menjadikan pemiliknya sebagai orang penting dalam industri. Orang penting dianggap sebagai pakar.

Apabila kita menjadi pakar, bukan sahaja Google akan memberikan nilai autoriti terhadap laman web kita.

Malah pembaca juga secara automotik akan melihat nilai yang tinggi apabila melawati laman web kita.

Justeru itu, sentiasa amalkan formula KIF (Keep It Fresh). Iaitu menerusi kekerapan mengemaskini artikel menggunakan blog.

Berapa Kerap Perlu Saya Kemaskini Blog?

Jawapan ini terletak pada keselesaan tuan empunya blog.

Dalam masa sama, fikirkan juga tentang proses penghadaman maklumat oleh para pembaca. Tidak semestinya semua pembaca selesa dengan blog yang dikemaskini setiap hari.

Namun begitu, cadangan yang terbaik adalah menetapkan penerbitan secara berjadual. Sebagai contoh:

• 1 hari, 1 artikel baru.

• 1 minggu, 3 artikel baru (Isnin, Rabu dan Jumaat).

Antara perkara yang perlu diberi perhatian apabila melakukan aktiviti blogging adalah:

• Sentiasa menulis artikel yang berkaitan dengan keywords yang ingin kita dominasi, atau industri yang diceburi.

• Berdisiplin.

• Berkomunikasi dengan pembaca.

• Amalkan SMS (Social Media Sharing) – Kongsikan artikel di

Facebook atau Twitter.

Sumber: www.majalahniaga.com

Tips SEO #6: Kuasa External Links

seo

Tips SEO #6: Kuasa External Links

External links adalah jumlah pautan keluar daripada laman web kita. Contohnya, apabila laman web www.aqifazizan.com meletakkan pautan www.hasbulaqill.com, ini bermakna:

Pautan ‘www.hasbulaqill.com’ dinamakan sebagai external links.

External links sangat penting bagi memudahkan penilaian enjin carian terhadap laman web kita. Penilaian mereka adalah seperti berikut:

• Berapa banyak sumber rujukan yang kita gunakan untuk menulis artikel.

• Adakah sumber yang dirujuk itu mempunyai autoriti?

Semakin banyak sumber yang kita gunakan, semakin tinggi peluang untuk kita mendapat kedudukan tertinggi dalam enjin carian.

Contoh bagi memudahkan pemahaman mengenai external links:

Berdasarkan laman web Wikipedia, SEO bermaksud Search Engine Optimization.

* Keywords ‘Wikipedia’ dijadikan pautan terus ke www.wikipedia.com.

Oleh sebab itu, pemilik blog disarankan untuk meletakkan sekurang-kurangnya 1 external links dalam setiap artikel baru.

Terlalu banyak external links juga akan memberikan signal kepada enjin carian, bahawa laman web kita adalah laman web spam.

Berhati-hati dalam melakukan external links. Apa yang penting adalah relevansi rujukan yang ingin dinyatakan.

Sumber: www.majalahniaga.com

Tips SEO #5: Kuasa Internal Links

seo

Tips SEO #5: Kuasa Internal Links

Internal links adalah terma yang membawa maksud kepada jumlah pautan yang bersangkut paut di dalam laman web kita.

Sebagai contoh:

• Laman ‘Menu Utama’ mempunyai pautan ke ‘Tentang Kami’, ‘Hubungi’, ‘Servis’.

• Laman ‘Servis’ mempunyai pautan untuk ke ‘Menu Utama’.

• Begitu juga sebaliknya.

Maksudnya, selagi ada pautan yang wujud dalam laman web kita, optimasikan sebaik mungkin.

Bagi pemilik blog, kaedah ini boleh dilakukan menerusi pautan isi kandungan yang berkait. Artikel di bawah adalah contoh penggunaan internal links jika kita menggunakan blog:

Tajuk artikel: Tip Menguasai SEO 

Search Engine Opmization (SEO) adalah teknik berkesan untuk

melakukan pemasaran di Internet. Untuk mempelajari tentang

teknik SEO, boleh rujuk pada artikel sebelum ini.

• Perkataan ‘teknik SEO’ akan menjadi pautan untuk artikel blog kita sebelum ini.Berdasarkan contoh artikel di atas:

• Perkataan ‘teknik SEO’ adalah keywords yang akan diambil kira oleh Google untuk meningkatkan kedudukan laman web kita, apabila ada orang menaip ‘teknik SEO’ dalam ruangan carian Google.

Justeru itu, optimasi internal links dalam laman web kita seberapa banyak yang mungkin. Pastikan pautan itu relevan dengan teks yang digunakan. Kadar relevansi juga diambil kira oleh Google.

Tips SEO #4 Optimasi Deskripsi Imej

seo

Tips SEO #4 Optimasi Deskripsi Imej

Disebalik keasyikan pemilik laman web mengoptimasikan laman web mereka dari aspek domain, title dan sebagainya, mereka terlupa satu lagi cabang penting.

Cabang ini merupakan perkara keutamaan Google dan penyedia servis enjin carian lain, dalam memilih laman web terbaik untuk diletakkan dalam kedudukan tertinggi di enjin carian.

Cabang yang dimaksudkan adalah deskripsi imej, atau image description.

70% pemilik laman web tidak mengoptimasikan imej yang wujud dalam laman web mereka. Ini merupakan faktor mengapa laman web mereka masih sukar untuk mendapat perhatian Google dan sebagainya.

Optimasi deskrip imej boleh dilakukan menerusi:
• Memberikan nama yang spesifik terhadap imej yang dimuat naik.
• Nama fail tidak terlalu panjang, dan tidak terlalu pendek.

Contoh adalah imej di bawah:

seo

 

Deskripsi imej yang baik untuk optimasi enjin carian adalah
menamakan imej ini dengan nama yang berkaitan. Sebagai contoh:

• cara-buat-duit-dengan-blog.jpg.
• buat-duit-dengan-blog.jpg.
• tip-menjana-pendapatan-dengan-blog.jpg.

Sumber: www.majalahniaga.com

 

Tips SEO #2: Henti Gunakan Flash

seo

Tips SEO #2: Henti Gunakan Flash

Sehingga hari ini, kebanyakan pemilik laman web yang tidak tahu tentang optimasi enjin carian mempunyai obses terhadap komponen Flash.

Mereka sangka, ia memberikan satu penampilan yang menarik. Dari sudut mata pemilik laman web, memang benar.

Tetapi dari sudut optimasi enjin carian, ia adalah satu tindakan yang berisiko.

Kajian Search Engine Journal menyatakan, “Laman web yang mempunyai komponen Flash, AJAX dan Frames menghadapi kesukaran untuk mendominasi enjin carian.”

Terdapat beberapa sebab kita tidak dinasihati untuk menggunakan Flash dalam laman web. Antaranya adalah Flash tidak mempunyai sssskebolehan untuk kita link pada laman web lain dalam bentuk teks.

Kerana dalam setiap komponen asal Flash, ia berbentuk imej.

Justeru itu, tindakan meletakkan bahan-bahan Flash adalah berisiko untuk mengoptimasikan laman web.

Jalan terbaik adalah mengurangkan sebarang bahan Flash dalam laman web, atau elakkan daripada meletakkannya.

Sumber: www.majalahniaga.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...