Category Archives: SEO

Tips SEO #3: Social Media Sharing (SMS)

seo

Tips SEO #3: Social Media Sharing (SMS)

Sebelum kewujudan laman social media yang popular seperti Facebook dan Twitter, enjin carian hanya menggunakan algoritma mereka untuk melakukan penilaian terhadap optimasi enjin carian laman web.

Pada tahun 2011, Google mengumumkan bahawa mereka kini menggunakan pendekatan social media sharing (SMS) untukmengetahui laman web mana yang sesuai diletakkan dalam kedudukan tertinggi enjin carian.

Ini bermakna, Google akan memberikan kelebihan kepada laman web yang banyak dikongsikan oleh pengguna social media (seperti Twitter dan Facebook).

Jadi, maksimumkan penggunaan akaun social media seperti Facebook dan Twitter. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bagi mendorong peningkatan kedudukan laman web dalam enjin carian adalah:

• Kongsi URL laman web di ruangan social media secara kerap.

• Ajak rakan-rakan kita yang lain untuk berkongsi URL laman web kita.

• Setiap artikel yang baru diterbitkan dalam laman web, terus kongsikan URL menerusi ruangan social media.

Bagi pasaran tempatan, cukup sekadar dengan memiliki akaun Facebook, Twitter dan Google Plus bagi melihat keberkesanannya.

Sumber: www.majalahniaga.com

Tips SEO #1: Maksimumkan Kata Kunci

seo

Tips SEO #1: Maksimumkan Kata Kunci

Keywords atau kata kunci adalah perkara yang kritikal, apabila pemilik laman web mempunyai keinginan untuk mendominasi enjin carian.

Ini kerana keywords yang akan menentukan sama ada usaha kita untuk melaksanakan strategi optimasi berbaloi atau sebaliknya.

Sebelum membeli domain, pastikan kita jelas dengan tujuan pembinaan laman web.

Sebagai contoh, sekiranya kita mahu membangunkan laman web berkaitan kesihatan, elakkan daripada memilih satu topik yang terlalu umum.

Pecahkan menjadi sub-topik seperti kanser, diet, penjagaan badan untuk wanita dan sebagainya.

Ini bertujuan bagi memudahkan kita memilih keywords yang sesuai untuk laman web kita. Berikut adalah aspek-aspek penting laman web yang perlu dioptimasi, apabila kita selesai memilih keywords yang betul:

1. Title (Tajuk).

2. Content (Isi kandungan web).

3. Domain.

4. Nama imej.

Contohnya, kita ingin membangunkan laman web yang berkaitan dengan kanser. Justeru itu, optimasi laman web mengikut keempat-empat aspek yang ditunjukkan di atas adalah seperti berikut:

Title:

 

Tip Untuk Merawat Kanser

Content:

 

Panduan yang dikongsikan oleh doktor pakar, mengenai langkahlangkah

yang perlu diambil bagi mengelakkan kita daripada

dijangkiti kanser.

Domain:

 

www.rawatkanser.com / www.tipkanser.com / www.kanser2u.com

/ www.rawatankanser.com

Nama imej:

 

Apabila memuat naik imej, pastikan fail sudah dioptimasikan

sepenuhnya. Contoh, http://www.rawatankanser.com/caramerawat-

kanser.jpg.

‘cara-merawat-kanser’ adalah contoh optimasi imej.

Sumber: www.majalahniaga.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...