7 KESILAPAN DALAM MENGURUS KEWANGAN

7 KESILAPAN DALAM MENGURUS KEWANGAN

Setiap orang pasti melakukan kesilapan kewangan dalam setiap fasa penting hidup mereka. Ada yang tidak belajar langsung berkenaan pelaburan sehingga mendekati umur persaraan. Ada yang menyalah guna kad kredit semasa muda sehingga menanggung akibatnya berpuluh-puluh tahun kemudian. Biar apa pun kesalahan sebelum ini, kita masih mempunyai peluang memperbaiki kedudukan kewangan dan berusaha meminimumkan kesalahan pada masa akan datang. Belajar daripada kesalahan orang lain dan semak sama ada kita pernah melakukan kesalahan seperti berikut:

 

Kesilapan 1

Menggunakan alasan-alasan seperti “masih muda lagi”, “selepas berkahwin” ataupun “bila anak dah besar” bagi tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan pendidikan anak, insurans perubatan, simpanan persaraan dan mengurus hutang.

 

Kesilapan 2

Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya secara bertulis. Tidak pernah meluangkan masa memikir perihal matlamat kewangan yang kritikal sekarang, masa pencapaiannya, dan berapa simpanan yang perlu diperuntukkan setiap bulan.

 

Kesilapan 3

Kekurangan disiplin bagi mengawal perbelanjaan harian kerana pengaruh iklan dan propaganda media, senang momohon kad kredit, jualan murah, desakan rakan, dan keinginan mengecapi hidup bergaya.

 

Kesilapan 4

Tidak sedar kesan matematik nilai matawang kepada hutang-piutang yang mengambil masa begitu lama untuk dilangsaikan sekiranya tersilap langkah.

 

Kesilapan 5

Tidak pernah merancang dan menghidupkan program insurans ataupun takaful untuk keluarga. Risiko kehidupan seperti bil perubatan hospital dan hilang keupayaan secara kekal dapat menghakis simpanan yang sedia ada, malah tidak mustahil sekiranya semua simpanan seumur hidup lenyap sekelip mata.

 

Kesilapan 6

Tidak membuat persediaan menangani ‘musuh’ kewangan yang utama iaitu inflasi. Dalam masa setahun sahaja nilai gaji baru akan dihakis oleh inflasi. Apakah senjata yang ada bagi melawan inflasi, iaitu kanser kewangan nombor satu?

 

Kesilapan 7

Enggan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah atas alasan perlu membayar yuran. Namun, sanggup diperbodohkan oleh penasihat palsu yang memperkenalkan skim cepat kaya. Usah segan meminta khidmat nasihat penasihat kewangan sekiranya otak sudah buntu. “Saya tewas dalam hampir 300 perlawanan bola keranjang. 26 kali saya diberi kepercayaan bagi melakukan jaringan kemenangan tetapi semuanya gagal. Saya pernah gagal berkali-kali dalam kerjaya saya dan itu sebabnya saya Berjaya sekarang.” – Michael Jordan.

 

Sumber: Sunthara Segar – Buku Urus Wang Semasa Gawat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *