Tips SEO #2: Henti Gunakan Flash

seo

Tips SEO #2: Henti Gunakan Flash

Sehingga hari ini, kebanyakan pemilik laman web yang tidak tahu tentang optimasi enjin carian mempunyai obses terhadap komponen Flash.

Mereka sangka, ia memberikan satu penampilan yang menarik. Dari sudut mata pemilik laman web, memang benar.

Tetapi dari sudut optimasi enjin carian, ia adalah satu tindakan yang berisiko.

Kajian Search Engine Journal menyatakan, “Laman web yang mempunyai komponen Flash, AJAX dan Frames menghadapi kesukaran untuk mendominasi enjin carian.”

Terdapat beberapa sebab kita tidak dinasihati untuk menggunakan Flash dalam laman web. Antaranya adalah Flash tidak mempunyai sssskebolehan untuk kita link pada laman web lain dalam bentuk teks.

Kerana dalam setiap komponen asal Flash, ia berbentuk imej.

Justeru itu, tindakan meletakkan bahan-bahan Flash adalah berisiko untuk mengoptimasikan laman web.

Jalan terbaik adalah mengurangkan sebarang bahan Flash dalam laman web, atau elakkan daripada meletakkannya.

Sumber: www.majalahniaga.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *