Tips SEO #6: Kuasa External Links

seo

Tips SEO #6: Kuasa External Links

External links adalah jumlah pautan keluar daripada laman web kita. Contohnya, apabila laman web www.aqifazizan.com meletakkan pautan www.hasbulaqill.com, ini bermakna:

Pautan ‘www.hasbulaqill.com’ dinamakan sebagai external links.

External links sangat penting bagi memudahkan penilaian enjin carian terhadap laman web kita. Penilaian mereka adalah seperti berikut:

• Berapa banyak sumber rujukan yang kita gunakan untuk menulis artikel.

• Adakah sumber yang dirujuk itu mempunyai autoriti?

Semakin banyak sumber yang kita gunakan, semakin tinggi peluang untuk kita mendapat kedudukan tertinggi dalam enjin carian.

Contoh bagi memudahkan pemahaman mengenai external links:

Berdasarkan laman web Wikipedia, SEO bermaksud Search Engine Optimization.

* Keywords ‘Wikipedia’ dijadikan pautan terus ke www.wikipedia.com.

Oleh sebab itu, pemilik blog disarankan untuk meletakkan sekurang-kurangnya 1 external links dalam setiap artikel baru.

Terlalu banyak external links juga akan memberikan signal kepada enjin carian, bahawa laman web kita adalah laman web spam.

Berhati-hati dalam melakukan external links. Apa yang penting adalah relevansi rujukan yang ingin dinyatakan.

Sumber: www.majalahniaga.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *