Tips SEO #7: Formula KIF

seo

Tips SEO #7: Formula KIF

Rand Fishkin, pengasas blog SEO Moz membuatkan satu analisisyang menarik tentang enjin carian.

Analisis beliau mendapati, kebanyakan laman web yang mendominasi enjin carian, adalah laman web yang sentiasa dikemaskini secara konsisten.

Dalam erti kata lain, setiap laman web mempunyai blog. Blog adalah medium yang terbaik untuk mengamalkan formula KIF.

KIF bermaksud ‘Keep It Fresh’.

Fresh, iaitu kesegaran menjurus kepada kekerapan kita mengemaskini laman web, yakni menggunakan blog. Dengan blog, mudah untuk kita menerbitkan artikel baru seperti:

• Tip-tip yang berkaitan dengan industri.

• Temubual eksklusif.

• Tutorial penting.

• Ulasan produk.

Blog bukan sahaja menambah seri di mata enjin carian. Blog juga mampu menjadikan pemiliknya sebagai orang penting dalam industri. Orang penting dianggap sebagai pakar.

Apabila kita menjadi pakar, bukan sahaja Google akan memberikan nilai autoriti terhadap laman web kita.

Malah pembaca juga secara automotik akan melihat nilai yang tinggi apabila melawati laman web kita.

Justeru itu, sentiasa amalkan formula KIF (Keep It Fresh). Iaitu menerusi kekerapan mengemaskini artikel menggunakan blog.

Berapa Kerap Perlu Saya Kemaskini Blog?

Jawapan ini terletak pada keselesaan tuan empunya blog.

Dalam masa sama, fikirkan juga tentang proses penghadaman maklumat oleh para pembaca. Tidak semestinya semua pembaca selesa dengan blog yang dikemaskini setiap hari.

Namun begitu, cadangan yang terbaik adalah menetapkan penerbitan secara berjadual. Sebagai contoh:

• 1 hari, 1 artikel baru.

• 1 minggu, 3 artikel baru (Isnin, Rabu dan Jumaat).

Antara perkara yang perlu diberi perhatian apabila melakukan aktiviti blogging adalah:

• Sentiasa menulis artikel yang berkaitan dengan keywords yang ingin kita dominasi, atau industri yang diceburi.

• Berdisiplin.

• Berkomunikasi dengan pembaca.

• Amalkan SMS (Social Media Sharing) – Kongsikan artikel di

Facebook atau Twitter.

Sumber: www.majalahniaga.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *