Category Archives: Instagram

Topik 10: The Power of Contest

topik10-1

Salah satu cara untuk naikkan follower ialah dengan cara buat contest atau giveaway.

Giveaway /contest ialah bagi sesuatu hadiah atau barang percuma kepada follower yang aktif atau yang promosi kan ig anda. Banyak ighop adakan contest untuk menarik ramai follower baru. Untuk buat contest di ig anda harus menyediakan hadiah menarik untuk para pemenang dan menetapkan syarat untuk sape yang join.

Contoh syarat contest :
wajib follow @usernameig, repost and tags 5 kawan anda di komen.

topik10-2

 

 

 

 

 

 

 

 

anda boleh lihat contoh di #contestmalaysia

ni antara contoh yg saya dapat cari untuk anda .
saya pilih berdasarkan like dan komen yang banyak.

semoga anda dapat idea untuk buat contest anda sendiri ye

topik10-3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

topik10-4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sila follow dan like us.
error0

Basic Instagram

instagram

Untuk maklumat semua.. pengguna Instagram sekarang sudah mencecah 1 billion dari seluruh dunia dan pengguna di Malaysia 11juta. Ramai tu 11juta. Sini saya pecahkan mengikut peringkat umur

Umur Bilangan pengguna

13-17 830,000
18-24 3.8 juta
25-34 4 juta
35-44 1.75 juta
45-54 830,000

Dari 11juta tu beberapa sasaran pelanggan anda ye? dah kenalpasti belum sasaran pelanggan dan saiz pasaran anda?

Kenapa anda kena tahu angka nie?

Anda boleh kenalpasti umur2 pelanggan anda di Instagram ni relevant atau tidak utk buat marketing

 

Topik Pertama :  KENALPASTI PELANGGAN

Produk yang Kita jual ni untuk siapa?

Produk kita ni boleh selesaikan masalah apa?

Golongan umur berapa target pelanggan yang Kita nak?

Contohnya tudung instant shawl

Boleh selesaikan masalah pemakai hanya dgn 3saat sahaja..
Sape yg patut guna ?
Wife2 yg lambat bersiap Atau wanita yg berkerjaya
Target umur dlm lingkungan 23-30

Kita perlu kenalpasti diorang ni suka follow siapa?

Artis Mana?
Instafamous Mana?
Makeup artis Mana?
dan lain2 lagi

kenapa kena tahu semua ni?

nanti senang nak kenalpasti instafamous atau artis yang mana kita sesuai untuk buat paidreview berdasarkan kepada pelanggan kita Dan senang untuk hias2 profile igshop serta ig ads

So task malam ni

Cuba kenalpasti pelanggan masing2

Kenalpasti pelanggan
1- produk utk siapa?
2- dapat selesaikan masalah apa?
3- golongan umur berapa pelanggan anda?
4- pelanggan anda suka follow siapa?

So task malam ni Cuba kenalpasti pelanggan masing2 Kenalpasti pelanggan 1- produk utk siapa? 2- dapat selesaikan masalah apa? 3- golongan umur berapa pelanggan anda?
Untuk no4 ni.. jika anda penjual tudung, kenalpasti ig yang menjual tudung atau Artis yg biasa buat tutorial tudung atau brand2 tudung terkenal.. lepastu senaraikan username ig2 tersebut..
Topik Kedua :  Impression
impression?
apa first impression yang dapat menarik follower bila follow igshop kita?Maksudnya apa perkara pertama yang follower akan Nampak di igshop kita?Mestilah profile igshop kan.
Apa info yang diorang nak tahu?Apa yang menarik tentang igshop kita ?Penting ke first impression?Sangat penting supaya follower dapat tahu info tentang igshop kita dalam masa 3 saatPastikan igshop anda lengkap dengan info2 yang penting.

Malam ni saya akan ajar cara untuk first impression yang perlu anda titik beratkan untuk igshop anda ye.

Mohon izin untuk guna igshop ni untuk sbgai contoh ye, terima kasih

photo6212783293494044848

Username – gunakan nama brand anda sendiri atau nama yang anda hendak follower anda kenal.

Hanya boleh tukar 2-3kali sahaja. better jangan tukar langsung. Bila tukar banyak kali
Nanti susahkan follower anda untuk buat carian di ig tau. Ni antara contoh username yang
Yang anda boleh guna

Contoh username – abu_beauty , ahmad_meeracle_johor, yati_bizzibody,
toratora.

Nama – di bahagian ni cuba anda letakkan keyword yang biasa pengguna buat carian
berkenaan produk anda.Sebagai contoh
Faisal Instamagik
Saya bagi contoh , saya buat carian untuk bawal murah, so igshop yang menggunakan keyword tersebut akan berada di atas.
photo6212830443645020296
BIO – untuk bahagian bio ni pastikan lengkap dengan info2 yang penting dan gunakan emoji
yang sesuai untuk bagi profile anda Nampak lagi menarik.contoh bio :-
-> Bawal Chiffon
-> Tudung Instant 3 saat
->COD Segamat,Johor
– >postage seluruh MalaysiaAnda boleh masukkan berberapa emoji. Jangan terlalu banyak..

Link Website – anda boleh gunakan link www.wasap.my untuk pelanggan direct untuk wasap anda.

jika anda ada beberapa link, anda boleh guna LinkTr.ee untuk memudahkan pelanggan anda.

ini contoh sya gunakan LinkTr.ee. Percuma sahaja.
So boleh register sekarang ye.

photo6212853477554628747

story highlight – anda boleh letakkan video pendek berkenaan produk anda kat sini.. atau produk categori atau feedback atau catalog produk atau yg berkaitan dgn produk anda..

Ini contoh yang anda boleh follow

photo6212783293494044849

Photo Technique(tema ig)

Saya nak bagi beberapa contoh tema yang anda boleh gunakan untuk igshop anda.

saya bagi beberapa contoh yang anda boleh gunakan untuk jadikan tema bagi
igshop Nampak lagi menarik ye.

1- Tema Menegak
Anda boleh menggunakan tema menegak untuk menampakkan feed anda teratur dan kemas
anda boleh letak gambar di kiri dan kanan . untuk di bahagian tengah anda boleh letak quote atau video tutorial tapi gunakan colour background yang sama.

photo6217419023495309511

2- Tema Mendatar

photo6217404867283102392

3- Checkboard

photo6217404867283102393

Ni antara contoh tema ig yang anda boleh follow. sbnrnya banyak lagi. Anda boleh google untuk cari tema ig ni ye.

 

Topik Ketiga : POSTING

 

Sebelum masuk topik kita malam ni iaitu POSTING.

kita perlu kenalpasti masa yang sesuai untuk posting

Penting ke untuk tahu masa yang sesuai untuk posting?

Bagi saya sangat penting kerana bila kita tahu masa yang paling ramai follower kita aktif

Pada masa ini dapat meningkatkan engagement di posting tersebut.

Antara masa yang sesuai yang anda boleh gunakan untuk posting

pukul 9-10 pagi – posting berkenaan yang motivasi atau sharing atau tips
Pukul 1-2 petang – sesuai untuk posting berkenaan produk atau testimony atau feedback
Pukul 8-9malam – video tutorial atau lain mengikut kesesuaian anda

Tapi anda kena lakukan split test sendiri ye untuk tahu waktu yang paling
ramai follower anda aktif ye.

Mungkin ada kat sini yang kekeringan idea untuk posting di Instagram kan?

So saya bagi beberapa idea untuk anda dapat idea untuk buat posting di ig

ini antara Idea posting di instagram yang boleh anda gunakan:-

1- Tutorial

Anda boleh sediakan video tutorial berkenaan produk anda. Contoh tudung, anda boleh
Buat tutorial cara macam mana nak pakai tudung anda atau produk kesihatan anda boleh
Sediakan tutorial cara makan atau minum produk anda. Ni contoh video tutorial:-

photo6239924506097461671

Anda boleh dapatkan idea dari brand2 yang dah famous.

2- Gunakan Video Lawak

anda boleh gunakan video lawak sebagai menarik follower anda untuk jadi
penonton. bagi hiburan yang follower anda suka. jangan asyik posting produk.
Follower anda perlukan hiburan juga.
Macam mana nak cari video2 lawak ni?
Anda boleh je buat carian di ig dan guna keyword “lawak” atau “jenaka” dan pilih bahagian hashtag.
Kenapa pilih hashtag?
Kerana di hashtag mengumpulkan segala video lawak yang menggunakan hashtag tersebut dan memudahkan untuk anda pilih video yang paling banyak view, like dan komen. Ini contoh video2 yang menggunakan hashtag lawak.

photo6239924506097461672

3-Kuiz atau Teka-Teki

Buat satu kuiz atau teka teki yang memerlukan follower anda komen,
melalui komen tersebut , engagement anda akan meningkat dan mudah
untuk posting anda kelihatan di EXPLORE. Anda boleh cari teka teki di website ni ye – https://www.tekateki.org/ .
ni contoh post di ig yang buat teka teki. Like meningkat dan komen jugak meningkat.

photo6240000393874614421
4-Tips

Kongsikan tips yang berguna untuk follower anda. Bagi mereka ilmu yang mereka
tak tahu. Apa yang kita tahu belum tentu semua orang tahu. So boleh bagi tips
yang anda tahu dan jangan reka perkara yang bukan2.
If jika nak dapatkan idea anda boleh google tips yang berkenaan produk atau servis anda.
ni contoh ig yang banyak kongsikan petua dan tips.

photo6239924506097461673
5-Quote

anda boleh kongsikan kata2 positif melalui quotes. melalui quote dapat bagi
inspirasi kepada follower anda untuk kekal positif dan jadi penarik untuk
mereka kekal jadi follower anda. Anda boleh dapatkan idea untuk quote di website ni
ye – https://www.goodreads.com atau boleh cari jew di ig guna #motivationalquotes

photo6239974301948291379
Sila follow dan like us.
error0

Topik 7: Cara Menarik Follower Anda Dengan Pantas Dan Kenali Follower Anda

9abe8a14-dbe7-4421-8702-01d4bf89c939

1- Posts
Bilangan posts yang ada di ig anda. Yang dah delete tidak termasuk ye. Buat masa sekarang tiada limit untuk bilangan posting. So anda boleh buat unlimited post tetapi jangan posting terlalu banyak setiap hari kerana anda boleh di anggap sebagai spam.

2- Followers
Bilangan pengguna ig lain yang follow kita. Macam peminat la gitu. Bilangan follower adalah unlimited. Tiada had untuk orang jadi peminat anda tau.

3- Following
Bilangan ig yang kita follow ataupun kita jadi pengikut ig lain. Buat masa sekarang, ig hanya membenarkan hanya maximum 7500 sahaja yang boleh kita ikuti. If nak follow orang lagi anda kena la turunkan following anda dulu.

Apa itu real follower dan apa itu fake follower?

real follower
– ada yang aktif dan ada yang xaktif
– jika ig aktif follower susah nak turun.
– boleh engage dengan anda contoh like, komen, view posting

ni contoh follower real ye. ada gambar profile

real-follower

fake follower/ follower palsu
– jika beli follower akan cepat masuk
– follower juga akan cepat turun, harini beli esok dah boleh turun dah.. cepat sangat.. membazir
– kebanyakkan follower worldwide dan tidak targeted
-follower tidak aktif

ni contoh ig yang fake follower. Biasa takde gambar profile dan nama pelik2.

fake-follower

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cara Nak Naikkan Follower

Teknik FOLLOW – FOLLOW

Teknik ni adalah percuma dan paling mudah yang anda boleh lakukan. Tapi pastikan nak lakukan teknik ni anda dah kenalpasti follower yang anda mahukan. Pastikan follower anda itu targeted dan aktif tau.

First anda mesti follow mana2 ig dan tunggu diorg followback. Anda boleh follow jew mana2 ig. Tapi untuk lebih targeted anda kena buat research sape follower yang anda nak. Saya bagi satu contoh, jika anda menjual produk kecantikan. So anda boleh follow follower dari ig yang menjual produk kecantikan atau artis yang bagi tips tentang kecantikan.

Penting untuk saya ingatkan. Untuk aktiviti follow ini juga ada had ye. Saya hanya buat 20 follow per sejam ataupun 200 follow per hari. Ini yg biasa saya buat and mungkin kurang dari itu. Sebab ig ada dah hadkan aktiviti follow untuk sejam dan sehari. Jika anda buat lebih dari rules ig, maybe kena block atau disable. Kena hati-hati ya. Saya penah buat 1000 follower naik dalam masa sebulan tapi saya luangkan hampir setiap hari untuk follow satu-satu user setiap jam.. fuhhh penat tau.. anda boleh cuba.

Macam mana nak target follower yang aktif cikgu?

Okay saya bagi 1 tips ye. pastikan anda follow ig yang tinggalkan komen kerana pengguna ini yang aktif. Dan kedua follow pengguna yang suka like posting tersebut.

Boleh rujuk gambar bawah ni ye.
Pilih mana2 ig yang anda target. Contoh di bawah ni saya pilih ig artis ye.

targeted1

 

 

 

 

 

 

 

Dalam posting tersebut sangat banyak komen dan like tau. So anda boleh follow pengguna yang komen dan like posting tersebut. Hanya klik pada komen tersebut dan akan terpapar macam ni ye.

 

targeted2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ni satu lagi teknik yang saya nak bongkarkan kepada anda, bagaimana saya dapat follower yang aktif dan diorang cepat followback balik ig tau.

Pastikan anda turn on notification ig2 yang anda target tu ye.

kenapa perlu turn on notification cikgu?

Supaya anda jadi orang yang terawal dapat notification dari ig tersebut dan yang paling best anda boleh terus follow orang yang like dan komen posting tersebut tau. Lagi best, kadar untuk followback adalah sangat tinggi.

Macam mana nak turn on notification cikgu? Rujuk gambar bawah ni ye

targeted3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pastikan anda dah follow ig tersebut. Dan klik seperti dalam gambar ye.

followers mastery 6

 

 

 

 

 

 

 

 

 

dan ini paparan yang akan keluar. Lepastu Klik notifications

followers mastery 7

 

 

 

 

 

 

 

 

And then tick posts seperti dalam gambar.

Kenapa pilih post?

Sebab post je yang anda dapat tengok like dan komen. huhuh

ok done. anda boleh cuba teknik dan strategi yang saya bagi ni ye.

Cara ini sangat berguna dan masih relevan untuk digunakan sehingga sekarang dan saya masih mengunakan cara ini! Selamat mencuba!

Sila follow dan like us.
error0

Topik 6: Penggunaan Hashtag # Dalam Instagram

hashtag-1120301_1280

Kenapa anda perlu guna hashtag di Instagram?

Antara kelebihan menggunakan hashtag di Instagram
1- Dapat Meningkatkan likes
2- Dapat Meningkatkan followers
3- Dapat meningkatkan lebih banyak sales
4- Hashtags boleh digunakan di Instagram Bio
Anda boleh menambah hashtags yang boleh diklik di bio Instagram anda. Ini bermakna anda boleh membina bio Instagram yang berkesan dan mempromosikan hashtag brand anda di bahagian bio.
5- Hashtags boleh digunakan di Instagram Stories Anda
Satu lagi cara yang anda boleh guna ialah dengan menggunakan hashtags di STORIES Instagram. Apabila anda menggunakan hashtag Instagram di STORIES, ia akan dapat dicari di SEARCH & EXPLORE. So, jika seseorang sedang mencari hashtag, mereka mungkin dapat melihat STORIES anda di bahagian atas halaman hashtag tersebut.

Untuk anda yang gunakan ig untuk bisnes, anda perlu luangkan sedikit masa anda untuk buat kajian tentang hashtag yang sesuai untuk niche bisnes anda. Hashtag yang trending memang banyak tapi lebih baik anda gunakan hashtag yang lebih relevan dengan bisnes anda supaya dapat Tarik follower yang targeted dan berkualiti.

 

Bagaimana nak dapatkan atau cari hashtag yang terbaik untuk bisnes yang anda jalankan?

1. Research Your Audience(buat kajian berkenaan audience anda)
Jika anda terus menggunakan hashtag yang trending di Instagram di setiap posting anda, anda tidak akan akan mendapat banyak kejayaan dengan audience anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah melihat apa yang audience anda tertarik dan apa yang mereka cari. Cuba sertakan hashtag yang di cari oleh follower anda. Jika anda menggunakan hashtag yang audience anda guna, peluang untuk posting anda dilihat oleh audience lebih tinggi.

2. Research Your Competitors(Buat kajian berkenaan pesaing anda)
Cara kedua ialah dengan menyelidik hashtag yang digunakan oleh pesaing anda. Anda boleh membuat kajian ataupun survey di ig pesaing anda untuk melihat hashtag yang mereka gunakan. Dari situ anda mungkin dapat idea untuk buat posting dan hashtag yang sesuai untuk niche bisnes anda.

3. Research Instagram Influencers ( Buat kajian berkenaan instafamous atau artis )
cara seterusnya ialah anda stalker instafamous. Anda boleh merujuk instafamous yang RELEVAN atau BERKAITAN dengan bisnes anda untuk dapatkan hashtag yang membantu mereka untuk dapatkan engagement yang berkualiti. Anda juga boleh gunakan hashtag yang mereka gunakan untuk membantu anda tingkatkan engagement. contoh dari ig artis :-zizanrazak

4. Research Industry Leaders
Salah satu cara terbaik untuk mencari hashtag yang perlu anda gunakan ialah mengikuti Market Leader dalam industry anda kerana mereka mempunyai target audience yang sama dengan anda. Setiap industri mempunyai Market Leader masing-masing. Kenalpasti siapa Market Leader dalam bidang anda dan gunakan mereka sebagai inspirasi. Orang-orang ini sudah tahu macam mana untuk berkomunikasi dengan target audience mereka, jadi mengapa tidak belajar dari yang terbaik? Contoh market leader :- tudung ariani, azizanosman, sifufbads dan banyak lagi,

5. Cari Related Hashtags
Anda buat boleh carian hashtag yang relevan atau berkaitan dengan bisnes anda di Instagram dengan membuat carian di SEARCH Instagram. Ini adalah cara yang mudah dan berkesan untuk anda membina komuniti anda. Contoh : taip “Travel” dan pilih tags dan ig akan tunjukkan hashtag yang berkaitan dengan Travel. Anda kemudian dapat melihat semua hashtag teratas yang berkait rapat dengan hashtag anda.

 

Penggunaan Hashtag ada limit ke?

Ya, penggunaan hashtag juga mempunyai limit yang perlu anda patuhi. Limit hashtag yang dibenarkan untuk Instagram ialah 30 hashtag sahaja untuk setiap posting.
Jika anda guna lebih dari 30 hashtag kemungkinan posting anda akan di anggap sebagai spam dan boleh dikenakan shadow ban.

 

Apa benda Shadow Ban ni ?

Shadow-ban ialah sekatan terhadap posting anda iaitu hanya follower anda sahaja yang dapat lihat posting anda dan orang yang tidak menjadi follower anda tidak dapat lihat posting anda. Ini menyebabkan posting anda sukar untuk terpapar di EXPLORE Instagram.

 

Macam mana nak tahu ig saya ni kena shadow ban atau tidak ye?

Cara pertama, anda boleh buat carian hashtag yang anda gunakan dan lihat posting anda keluar atau tidak di hashtag tersebut. Jika tidak ada posting anda, itu bermakna anda terkena shadow-ban. Cara kedua, anda tanya sendiri follower anda adakah diorang nampak posting anda di Instagram.

Ada beberapa cara untuk fix masalah ini
1- Jangan guna hashtag yang sama berulang-ulang
2- Elakkan guna lebih dari 30 hashtag pada setiap post
3- Stop aktiviti di Instagram selama 2-3 hari untuk kembali normal

 

Sumber info oleh InstaMagic Academy
Anda boleh sertai channel telegram ini untuk dapatkan info secara terus –> https://t.me/joinchat/AAAAAFU7BNmd56gfPoDjwg

 

 

Sila follow dan like us.
error0