Tips SEO #5: Kuasa Internal Links
Internal links adalah terma yang membawa maksud kepada jumlah pautan yang bersangkut paut di dalam laman web kita.
Sebagai contoh:
• Laman ‘Menu Utama’ mempunyai pautan ke ‘Tentang Kami’, ‘Hubungi’, ‘Servis’.
• Laman ‘Servis’ mempunyai pautan untuk ke ‘Menu Utama’.
• Begitu juga sebaliknya.
Maksudnya, selagi ada pautan yang wujud dalam laman web kita, optimasikan sebaik mungkin.
Bagi pemilik blog, kaedah ini boleh dilakukan menerusi pautan isi kandungan yang berkait. Artikel di bawah adalah contoh penggunaan internal links jika kita menggunakan blog:
Tajuk artikel: Tip Menguasai SEO
Search Engine Opmization (SEO) adalah teknik berkesan untuk
melakukan pemasaran di Internet. Untuk mempelajari tentang
teknik SEO, boleh rujuk pada artikel sebelum ini.
• Perkataan ‘teknik SEO’ akan menjadi pautan untuk artikel blog kita sebelum ini.Berdasarkan contoh artikel di atas:
• Perkataan ‘teknik SEO’ adalah keywords yang akan diambil kira oleh Google untuk meningkatkan kedudukan laman web kita, apabila ada orang menaip ‘teknik SEO’ dalam ruangan carian Google.
Justeru itu, optimasi internal links dalam laman web kita seberapa banyak yang mungkin. Pastikan pautan itu relevan dengan teks yang digunakan. Kadar relevansi juga diambil kira oleh Google.