Ramai peniaga memandang remeh perkara ini. Tanpa anda sedari pelanggan itu adalah yang pertama dan yang terakhir. Kenapa?
3 Sebab Anda Mesti Bungkus Barang Menggunakan Buble Wrap
- Persepsi Pelanggan
Pelanggan yang menerima barang yang dibeli dalam bungkusan mencerminkan anda seorang peniaga yang serius dan profesional. Anda berada dalam Kelas tersendiri. Bayangkan pesaing anda menjual barang yang sama tetapi barang tersebut tidak di bungkus dengan elok. Siapa yang menang?
- Keselamatan Barang
Cuba anda bayangkan ketika musim tengkujuh, abang poslaju keluar dari van berlari-lari anak menuju kerumah anda dengan menjinjing bungkusan barang anda diatas kepala. Flyers bungkusan pula terkoyak. Nasib baik barang anda selamat tidak basah sebab dibalut dengan bubble wrap.
atau
Memandangkan volume barang yang banyak, abang poslaju campak-campak je bungkusan anda semasa sorting. Kalau dibalut dengan bubble wrap anda tidak perlu risau dengan ‘kesihatan’ barang anda.
- Mudah Dijual
Pelanggan anda menjual barang bagi pihak anda. Dia menjual secara offline. Jika barang yang diperolehinya rosak atau kemek, pamer dikedai belum tentu oarang nak beli sebab keadaan barang yang tidak ‘sihat’.