Topik 6: Penggunaan Hashtag # Dalam Instagram

hashtag-1120301_1280

Kenapa anda perlu guna hashtag di Instagram?

Antara kelebihan menggunakan hashtag di Instagram
1- Dapat Meningkatkan likes
2- Dapat Meningkatkan followers
3- Dapat meningkatkan lebih banyak sales
4- Hashtags boleh digunakan di Instagram Bio
Anda boleh menambah hashtags yang boleh diklik di bio Instagram anda. Ini bermakna anda boleh membina bio Instagram yang berkesan dan mempromosikan hashtag brand anda di bahagian bio.
5- Hashtags boleh digunakan di Instagram Stories Anda
Satu lagi cara yang anda boleh guna ialah dengan menggunakan hashtags di STORIES Instagram. Apabila anda menggunakan hashtag Instagram di STORIES, ia akan dapat dicari di SEARCH & EXPLORE. So, jika seseorang sedang mencari hashtag, mereka mungkin dapat melihat STORIES anda di bahagian atas halaman hashtag tersebut.

Untuk anda yang gunakan ig untuk bisnes, anda perlu luangkan sedikit masa anda untuk buat kajian tentang hashtag yang sesuai untuk niche bisnes anda. Hashtag yang trending memang banyak tapi lebih baik anda gunakan hashtag yang lebih relevan dengan bisnes anda supaya dapat Tarik follower yang targeted dan berkualiti.

 

Bagaimana nak dapatkan atau cari hashtag yang terbaik untuk bisnes yang anda jalankan?

1. Research Your Audience(buat kajian berkenaan audience anda)
Jika anda terus menggunakan hashtag yang trending di Instagram di setiap posting anda, anda tidak akan akan mendapat banyak kejayaan dengan audience anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah melihat apa yang audience anda tertarik dan apa yang mereka cari. Cuba sertakan hashtag yang di cari oleh follower anda. Jika anda menggunakan hashtag yang audience anda guna, peluang untuk posting anda dilihat oleh audience lebih tinggi.

2. Research Your Competitors(Buat kajian berkenaan pesaing anda)
Cara kedua ialah dengan menyelidik hashtag yang digunakan oleh pesaing anda. Anda boleh membuat kajian ataupun survey di ig pesaing anda untuk melihat hashtag yang mereka gunakan. Dari situ anda mungkin dapat idea untuk buat posting dan hashtag yang sesuai untuk niche bisnes anda.

3. Research Instagram Influencers ( Buat kajian berkenaan instafamous atau artis )
cara seterusnya ialah anda stalker instafamous. Anda boleh merujuk instafamous yang RELEVAN atau BERKAITAN dengan bisnes anda untuk dapatkan hashtag yang membantu mereka untuk dapatkan engagement yang berkualiti. Anda juga boleh gunakan hashtag yang mereka gunakan untuk membantu anda tingkatkan engagement. contoh dari ig artis :-zizanrazak

4. Research Industry Leaders
Salah satu cara terbaik untuk mencari hashtag yang perlu anda gunakan ialah mengikuti Market Leader dalam industry anda kerana mereka mempunyai target audience yang sama dengan anda. Setiap industri mempunyai Market Leader masing-masing. Kenalpasti siapa Market Leader dalam bidang anda dan gunakan mereka sebagai inspirasi. Orang-orang ini sudah tahu macam mana untuk berkomunikasi dengan target audience mereka, jadi mengapa tidak belajar dari yang terbaik? Contoh market leader :- tudung ariani, azizanosman, sifufbads dan banyak lagi,

5. Cari Related Hashtags
Anda buat boleh carian hashtag yang relevan atau berkaitan dengan bisnes anda di Instagram dengan membuat carian di SEARCH Instagram. Ini adalah cara yang mudah dan berkesan untuk anda membina komuniti anda. Contoh : taip “Travel” dan pilih tags dan ig akan tunjukkan hashtag yang berkaitan dengan Travel. Anda kemudian dapat melihat semua hashtag teratas yang berkait rapat dengan hashtag anda.

 

Penggunaan Hashtag ada limit ke?

Ya, penggunaan hashtag juga mempunyai limit yang perlu anda patuhi. Limit hashtag yang dibenarkan untuk Instagram ialah 30 hashtag sahaja untuk setiap posting.
Jika anda guna lebih dari 30 hashtag kemungkinan posting anda akan di anggap sebagai spam dan boleh dikenakan shadow ban.

 

Apa benda Shadow Ban ni ?

Shadow-ban ialah sekatan terhadap posting anda iaitu hanya follower anda sahaja yang dapat lihat posting anda dan orang yang tidak menjadi follower anda tidak dapat lihat posting anda. Ini menyebabkan posting anda sukar untuk terpapar di EXPLORE Instagram.

 

Macam mana nak tahu ig saya ni kena shadow ban atau tidak ye?

Cara pertama, anda boleh buat carian hashtag yang anda gunakan dan lihat posting anda keluar atau tidak di hashtag tersebut. Jika tidak ada posting anda, itu bermakna anda terkena shadow-ban. Cara kedua, anda tanya sendiri follower anda adakah diorang nampak posting anda di Instagram.

Ada beberapa cara untuk fix masalah ini
1- Jangan guna hashtag yang sama berulang-ulang
2- Elakkan guna lebih dari 30 hashtag pada setiap post
3- Stop aktiviti di Instagram selama 2-3 hari untuk kembali normal

 

Sumber info oleh InstaMagic Academy
Anda boleh sertai channel telegram ini untuk dapatkan info secara terus –> https://t.me/joinchat/AAAAAFU7BNmd56gfPoDjwg

 

 

Sila follow dan like us.
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *