Untuk maklumat semua.. pengguna Instagram sekarang sudah mencecah 1 billion dari seluruh dunia dan pengguna di Malaysia 11juta. Ramai tu 11juta. Sini saya pecahkan mengikut peringkat umur
Umur Bilangan pengguna
13-17 830,000
18-24 3.8 juta
25-34 4 juta
35-44 1.75 juta
45-54 830,000
Dari 11juta tu beberapa sasaran pelanggan anda ye? dah kenalpasti belum sasaran pelanggan dan saiz pasaran anda?
Kenapa anda kena tahu angka nie?
Anda boleh kenalpasti umur2 pelanggan anda di Instagram ni relevant atau tidak utk buat marketing
Topik Pertama : KENALPASTI PELANGGAN
Produk yang Kita jual ni untuk siapa?
Produk kita ni boleh selesaikan masalah apa?
Golongan umur berapa target pelanggan yang Kita nak?
Contohnya tudung instant shawl
Kita perlu kenalpasti diorang ni suka follow siapa?
Instafamous Mana?
Makeup artis Mana?
dan lain2 lagi
Cuba kenalpasti pelanggan masing2
Kenalpasti pelanggan
1- produk utk siapa?
2- dapat selesaikan masalah apa?
3- golongan umur berapa pelanggan anda?
4- pelanggan anda suka follow siapa?
apa first impression yang dapat menarik follower bila follow igshop kita?Maksudnya apa perkara pertama yang follower akan Nampak di igshop kita?Mestilah profile igshop kan.
Apa info yang diorang nak tahu?Apa yang menarik tentang igshop kita ?Penting ke first impression?Sangat penting supaya follower dapat tahu info tentang igshop kita dalam masa 3 saatPastikan igshop anda lengkap dengan info2 yang penting.
Malam ni saya akan ajar cara untuk first impression yang perlu anda titik beratkan untuk igshop anda ye.
Mohon izin untuk guna igshop ni untuk sbgai contoh ye, terima kasih
Username – gunakan nama brand anda sendiri atau nama yang anda hendak follower anda kenal.
Hanya boleh tukar 2-3kali sahaja. better jangan tukar langsung. Bila tukar banyak kali
Nanti susahkan follower anda untuk buat carian di ig tau. Ni antara contoh username yang
Yang anda boleh guna
Contoh username – abu_beauty , ahmad_meeracle_johor, yati_bizzibody,
toratora.
berkenaan produk anda.Sebagai contoh
yang sesuai untuk bagi profile anda Nampak lagi menarik.contoh bio :-
-> Bawal Chiffon
-> Tudung Instant 3 saat
->COD Segamat,Johor
– >postage seluruh MalaysiaAnda boleh masukkan berberapa emoji. Jangan terlalu banyak..
Link Website – anda boleh gunakan link www.wasap.my untuk pelanggan direct untuk wasap anda.
jika anda ada beberapa link, anda boleh guna LinkTr.ee untuk memudahkan pelanggan anda.
ini contoh sya gunakan LinkTr.ee. Percuma sahaja.
So boleh register sekarang ye.
story highlight – anda boleh letakkan video pendek berkenaan produk anda kat sini.. atau produk categori atau feedback atau catalog produk atau yg berkaitan dgn produk anda..
Ini contoh yang anda boleh follow
Photo Technique(tema ig)
Saya nak bagi beberapa contoh tema yang anda boleh gunakan untuk igshop anda.
saya bagi beberapa contoh yang anda boleh gunakan untuk jadikan tema bagi
igshop Nampak lagi menarik ye.
1- Tema Menegak
Anda boleh menggunakan tema menegak untuk menampakkan feed anda teratur dan kemas
anda boleh letak gambar di kiri dan kanan . untuk di bahagian tengah anda boleh letak quote atau video tutorial tapi gunakan colour background yang sama.
2- Tema Mendatar
3- Checkboard
Ni antara contoh tema ig yang anda boleh follow. sbnrnya banyak lagi. Anda boleh google untuk cari tema ig ni ye.
Topik Ketiga : POSTING
Sebelum masuk topik kita malam ni iaitu POSTING.
kita perlu kenalpasti masa yang sesuai untuk posting
Penting ke untuk tahu masa yang sesuai untuk posting?
Bagi saya sangat penting kerana bila kita tahu masa yang paling ramai follower kita aktif
Pada masa ini dapat meningkatkan engagement di posting tersebut.
Antara masa yang sesuai yang anda boleh gunakan untuk posting
pukul 9-10 pagi – posting berkenaan yang motivasi atau sharing atau tips
Pukul 1-2 petang – sesuai untuk posting berkenaan produk atau testimony atau feedback
Pukul 8-9malam – video tutorial atau lain mengikut kesesuaian anda
Tapi anda kena lakukan split test sendiri ye untuk tahu waktu yang paling
ramai follower anda aktif ye.
Mungkin ada kat sini yang kekeringan idea untuk posting di Instagram kan?
So saya bagi beberapa idea untuk anda dapat idea untuk buat posting di ig
ini antara Idea posting di instagram yang boleh anda gunakan:-
1- Tutorial
Anda boleh sediakan video tutorial berkenaan produk anda. Contoh tudung, anda boleh
Buat tutorial cara macam mana nak pakai tudung anda atau produk kesihatan anda boleh
Sediakan tutorial cara makan atau minum produk anda. Ni contoh video tutorial:-
Anda boleh dapatkan idea dari brand2 yang dah famous.
2- Gunakan Video Lawak
anda boleh gunakan video lawak sebagai menarik follower anda untuk jadi
penonton. bagi hiburan yang follower anda suka. jangan asyik posting produk.
Follower anda perlukan hiburan juga.
Macam mana nak cari video2 lawak ni?
Anda boleh je buat carian di ig dan guna keyword “lawak” atau “jenaka” dan pilih bahagian hashtag.
Kenapa pilih hashtag?
Kerana di hashtag mengumpulkan segala video lawak yang menggunakan hashtag tersebut dan memudahkan untuk anda pilih video yang paling banyak view, like dan komen. Ini contoh video2 yang menggunakan hashtag lawak.
Buat satu kuiz atau teka teki yang memerlukan follower anda komen,
melalui komen tersebut , engagement anda akan meningkat dan mudah
untuk posting anda kelihatan di EXPLORE. Anda boleh cari teka teki di website ni ye – https://www.tekateki.org/ .
ni contoh post di ig yang buat teka teki. Like meningkat dan komen jugak meningkat.
Kongsikan tips yang berguna untuk follower anda. Bagi mereka ilmu yang mereka
tak tahu. Apa yang kita tahu belum tentu semua orang tahu. So boleh bagi tips
yang anda tahu dan jangan reka perkara yang bukan2.
If jika nak dapatkan idea anda boleh google tips yang berkenaan produk atau servis anda.
ni contoh ig yang banyak kongsikan petua dan tips.
anda boleh kongsikan kata2 positif melalui quotes. melalui quote dapat bagi
inspirasi kepada follower anda untuk kekal positif dan jadi penarik untuk
mereka kekal jadi follower anda. Anda boleh dapatkan idea untuk quote di website ni
ye – https://www.goodreads.com atau boleh cari jew di ig guna #motivationalquotes